Kebaikan Kunyah Bawang Putih

Monday, 1 August 2016
Selamat pagi semua, semalam ceri baca artikel mengenai khasiat dan kebaikan kunyah bawang putih,sebelum ni ceri memang mudah demam dan agak mengambil masa untuk sembuh..kesian mak dan ayah siang malam risau dengan keadaan ceri time tu.. suatu hari ceri teringin nak makan Garlic Bread yang macam Pizza Hut punya, terus buka laptop dan cari resepi Garlic Bread, memang simple dan sedap, sekeping macam tak cukup je... bagi yang berkesempatan boleh cuba resepi Garlic Bread ^_^ haaa... ni dah macam nak menyimpang dari topik asal je... hehehehe... ok..sejak dari hari tu, hampir tiap-tiap pagi ceri akan buat Garlic Bread, sambil potong bawang putih sambil kunyah seulas dua hehehe... makan mentah macam tu je, kalau ada sup cendawan sesuai dimakan bersama Garlic Bread, memang sampai menjilat jari :) jadi, sejak ceri amalkan memakan bawang putih ceri rasa lebih sihat dan tidak demam seteruk dulu.. antara khasiat dan kebaikan kunyah bawang putih:
1. komponen aktif
- sel-sel bawang putih mengandungi kompaun semula jadi dipanggil alliin. Apabila kita kunyah bawang putih, alliin akan dilepaskan daripada sel-sel bawang putih tadi dan enzim bawang putih alliinase akan tukarkan alliin kepada allicin. Allicin mempunyai banyak khasiat yang penting untuk kesihatan.

2. baik untuk kardiovaskular
- bawang putih membantu mengelakkan atherosclerosis(pengerasan pembuluh darah) dan mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung. Di samping itu, bawang putih juga boleh mengurangkan tahap kolestrol dalam darah. Allicin dan kompaun lain yang terdapat dalam bawang putih juga bertindak pada platelets(sejenis kompaun dalam darah) untuk mengurangkan risiko strok.

3. mengurangkan risiko kanser
- mengunyah bawang putih juga dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser. Kompaun yang ada dalam bawang putih dapat menyekat sel-sel kanser daripada menular.Di samping itu, bawang putih juga membantu meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan demam biasa dan membantu memusnahkan sel-sel kanser.

4. langkah berjaga-jaga dan cadangan
- bawang putih memang baik untuk kesihatan dan tanpa kesan sampingan yang serius.Namun, boleh menyebabkan kembung perut dan nafas berbau hehehehe.... Tapi jangan makan bawang putih kalau korang ambil blood-thinning medication, yang ada ulcer perut dan thyroid. Bagi yang ambil ubat-ubatan sila tanya doktor sama ada boleh tak kalau nak consume bawang putih.

ok people, setakat tu je lah post untuk hari ini... kunyah bawang putih yang fresh ni memang baik untuk kesihatan, bukan setakat boleh halau vampire je hehehe..gurau saja..jangan segan-segan untuk kunyah bawang putih lepas ni ya :) rasa dia mungkin pelik sedikit tapi lama-kelamaan nanti korang akan biasa.
live healthy and have a nice day,from ceri