Kebaikan Kunyah Bawang Putih

Monday, 1 August 2016
Selamat pagi semua, semalam ceri baca artikel mengenai khasiat dan kebaikan kunyah bawang putih,sebelum ni ceri memang mudah demam dan agak mengambil masa untuk sembuh..kesian mak dan ayah siang malam risau dengan keadaan ceri time tu.. suatu hari ceri teringin nak makan Garlic Bread yang macam Pizza Hut punya, terus buka laptop dan cari resepi Garlic Bread, memang simple dan sedap, sekeping macam tak cukup je... bagi yang berkesempatan boleh cuba resepi Garlic Bread ^_^ haaa... ni dah macam nak menyimpang dari topik asal je... hehehehe... ok..sejak dari hari tu, hampir tiap-tiap pagi ceri akan buat Garlic Bread, sambil potong bawang putih sambil kunyah seulas dua hehehe... makan mentah macam tu je, kalau ada sup cendawan sesuai dimakan bersama Garlic Bread, memang sampai menjilat jari :) jadi, sejak ceri amalkan memakan bawang putih ceri rasa lebih sihat dan tidak demam seteruk dulu.. antara khasiat dan kebaikan kunyah bawang putih:
1. komponen aktif
- sel-sel bawang putih mengandungi kompaun semula jadi dipanggil alliin. Apabila kita kunyah bawang putih, alliin akan dilepaskan daripada sel-sel bawang putih tadi dan enzim bawang putih alliinase akan tukarkan alliin kepada allicin. Allicin mempunyai banyak khasiat yang penting untuk kesihatan.

2. baik untuk kardiovaskular
- bawang putih membantu mengelakkan atherosclerosis(pengerasan pembuluh darah) dan mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung. Di samping itu, bawang putih juga boleh mengurangkan tahap kolestrol dalam darah. Allicin dan kompaun lain yang terdapat dalam bawang putih juga bertindak pada platelets(sejenis kompaun dalam darah) untuk mengurangkan risiko strok.

3. mengurangkan risiko kanser
- mengunyah bawang putih juga dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser. Kompaun yang ada dalam bawang putih dapat menyekat sel-sel kanser daripada menular.Di samping itu, bawang putih juga membantu meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan demam biasa dan membantu memusnahkan sel-sel kanser.

4. langkah berjaga-jaga dan cadangan
- bawang putih memang baik untuk kesihatan dan tanpa kesan sampingan yang serius.Namun, boleh menyebabkan kembung perut dan nafas berbau hehehehe.... Tapi jangan makan bawang putih kalau korang ambil blood-thinning medication, yang ada ulcer perut dan thyroid. Bagi yang ambil ubat-ubatan sila tanya doktor sama ada boleh tak kalau nak consume bawang putih.

ok people, setakat tu je lah post untuk hari ini... kunyah bawang putih yang fresh ni memang baik untuk kesihatan, bukan setakat boleh halau vampire je hehehe..gurau saja..jangan segan-segan untuk kunyah bawang putih lepas ni ya :) rasa dia mungkin pelik sedikit tapi lama-kelamaan nanti korang akan biasa.
live healthy and have a nice day,from ceri

27 comments:

  1. garlic bread boleh telan tapi nk garlic mentah2 aiiiiii, tekak ni tak leh terima kot :) bagus2 dapat kekalkan momentom ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe rasa dia memang pelik tapi untuk kesihatan sangat berbaloi :) tapi kena la tahan dgn bau dia hehehe...

      Delete
  2. Hazy suka makan garlic bread Pizza Hut dengan sup cendawan! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garlic Bread Pizza Hut memang sedap walaupun tak de sup cendawan :) kalau ade sup cendawan lagilah tip top :)

      Delete
  3. Wow. eyqa suka makan yg kena jual di multi bake tu. more 'lemak'garlic dia. but never try kunyah bgtu jak. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyqa pasni boleh try kunyah bawang putih mentah memang elok untuk kesihatan walaupun rasa dia agak menggelikan tekak hahaha XD Garlic Bread yang dijual di multi bake memang tak leh nak tolak,mesti beli satu jugak hehehe XD

      Delete
  4. Wow... memang banyak kebaikannya. tapi part yang nak kunyah mentah2 tu yg xmampu. haha. mampu campak dalam masakan je. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha agak ambik masa jugak nak biasakan diri makan bawang putih mentah2 sambil kunyah sambil pejam mata jawabnya hahaha XD

      Delete
  5. Tak pernah pulak ceri Ira ni nak makan hidup2 tu Allahu~...tp Ira suka letak bawang putih dalam 5 biji xhiris or potong, bulat gitu dalam sup...ha tu Ira suka makan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceri pun suka jugak makan bawang putih yang dimasak bersama sup,ceri sangkakan ayam rupa-rupanya bawang putih hehehe Ira boleh berlatih makan bawang putih mentah2 secara beransur-ansur :)

      Delete
  6. tak boleh kunyah, not now, not in your wildest dream. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha masa ceri mula-mula makan mentah2 memang a nightmare untuk ceri XD

      Delete
  7. Ohhh... Baru tahu banyak rulanya kebaikan bawang putih ... Tq for sharing dear =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome kak :) bawang putih jugak boleh mengawal tekanan darah tinggi :) banyak manfaat bawang putih ni selain tu harganya juga berpatutan :)

      Delete
  8. huwaaaa memang tk mampu lah HAHAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha nanti kita minta tolong Professor Snape buatkan jus bawang putih yang sedap XD

      Delete
  9. hee shaf suke makann bawang putihh tapi kena masak la xleh telan cmtu je haha nice entry ceri

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u Shaf :) amik masa jugak nak biasakan makan bawang putih mentah2 hehehe untuk kesihatan terpaksa makan sambil pejam mata XD

      Delete
  10. Hello dik ... Saja je singgah =)

    ReplyDelete
  11. ceri kita suka bawang putih sebab leh buang buang angin hihi

    ReplyDelete
  12. waa,, nice sharing :) banyak juga khasiat bawang putih rupanya,,,

    ReplyDelete

  13. Assalamualaikum Cik,

    Saya Syahmi pemilik kepada laman web hidup.my, sebuah laman web pencarian bilik sewa.

    Saya ingin menjemput cik untuk review laman web kami. Jika cik sudi, cik boleh hubungi saya pada emel saya. Terima Kasih cik.

    Ikhlas,
    Syahmi
    syahmiruhaizat@gmail.com

    ReplyDelete
  14. i did not know all that haha but rasanya tak mampu lah sebab kalau termakan secebis je pun dah muntahkan balik hahaaa

    ReplyDelete
  15. i did not know all that haha but rasanya tak mampu lah sebab kalau termakan secebis je pun dah muntahkan balik hahaaa

    ReplyDelete
  16. Terima kasih.

    Dari:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Salam ..saya pengeluar herba warisan yang telah dirumus khas bagi tujuan penyembuhan penyakit yg mampu memusnahkan pelbagai jenis kanser seperti ; ✅Kanser Usus ✅Kanser Payudara ✅Kanser Lymphoma dan lain-lain lagi. Turut mampu mengubati penyakit lain seperti ; ✅Batu Karang ✅Batu Hempedu ✅Saraf Parkinson ✅Slip Disk ✅Gout ✅Resdung ✅Demam Campak ✅Denggi dan lain-lain lagi
    Proses penyembuhan juga perawatan secara semulajadi ini tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang.
    ✔Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat dan seterusnya mencegah apa saja penyakit yang dihadapi dari terus merebak ke tahap yang lebih kritikal. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.contoh pesakit gout belum ada lagi herba untuk gout yang mampu hilangkan terus gout.banyak yang Cuma mampu menahan saja dan kena makan hari hari berbeza dengan jus infiniti keluaran jutawan herbs.cukup untuk makan berapa botol saja gout anda telah pulih dan tidak perlu risau lagi dan hari hari boleh makan udang dan ikan bilis macam sebelum sakit gout.memang hebat sama jugak degan saraf,,.batu hempedu dan lain lain peyakit boleh rujuk testimony saya yang banyak banyak kes lain..jika anda hendak menjaga kesihatan jus ininpaling terbaik sebab mampu menurunkan paras kolestrol dengan cepat tidak perlu risau lagi serangan jantung atau kolestrol tinggi
    ✔Hutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia.Hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, ✔JUS INFINITI amat mujarab jika diamalkan dengan betul dan konsisten. Jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya. ✔Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini .Ia terbukti dengan testimoni pelbagai jenis penyakit yang sudah sembuh dengan penggunaan yang betul dan konsisten. ✔JUS INFINITI ini juga boleh dijadikan makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.
    ✔Insyaallah sama-sama kita berikhtiar. ✔Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy :
    ✅Encik Mohd Zuhairi 0174687570 (Whats App ,Call,SmS ) ✅HARGA 1BOTOL: RM180 ✅NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS ✅NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: PG 0346818-W ✅NAMA PEMILIK : MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN 0174687570 (WHASTAPP,SMS&CALL)

    ReplyDelete
  18. Salam singgah dan follow sini..

    Btw, jemput join GA saya

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete